Thursday, 7 July 2011

Definisi Kesihatan

Menurut WHO, kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial.  Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu:
i.  sihat dan sempurna tubuh badan
ii.  keadaan dalam dan persekitaran rumah yang bersih dan teratur
iii. keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan hidupan
iv. tempat tinggal yang sempurna
v.  pemakanan yang seimbang
vi. bekalan air yang bersih
vii  udara yang bersih

Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat bidang utama iaitu:
i.   daya pemikiran dan sikap yang positif
ii.  dapat menyesuaikan diri dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
iii. ada perasasn kasih dan sayang
iv. ada rasa penerimaan, penghargaan dan bersyukur

Kesihatan sosial pula adalah perhubungan yang baik dengan ahli keluarga, rakan sebaya, jiran dan juga masyarakat setempat

No comments:

Post a Comment